AWK, TGOK TUE..ADA PAKWE MAKWE LA..
Cinta...cinta..cinta....mungkin sudah jadi kebiasaan kot, kalau tak bercinta zaman sekarang ni..mcm pelik la pulak kn..kena ketawa kat orang je lah.Btol ke tu korang???? Budak2 sekolah rendah pn da pndai bercinta sekarang nie..tak kan duduk u xde pakwe kot.Kalau kita tgok budak-budak yang study kat bahagian pengajian Islam pun boleh dikatakan semua tejebak dalam kes ni...Jdi pada coretan saya kali ini nk bercerita dan berbincang cikit la pasal perkara ni..Perlu ke tak perlu berkawan sebulan Nikah ni....???
Seperti mana yang kita suma sudah ketahui, sebahagian remaja yang bercinta dengan pasangan yang bukan muhrim tetap merasakan bahawa mereka bersahabat kerana Allah SAW. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak berhubung melainkan jika ada perkara penting sahaja. Mereka tidak pernah bersua dan tidak pernah keluar berdua-duan. Mereka tidak melakukan perkara yang haram atau melanggar syarak. iye ke tu sahabat2 ku??????Cinta...cinta..cinta....mungkin sudah jadi kebiasaan kot, kalau tak bercinta zaman sekarang ni..mcm pelik la pulak kn..kena ketawa kat orang je lah.Btol ke tu korang???? Budak2 sekolah rendah pn da pndai bercinta sekarang nie..tak kan duduk u xde pakwe kot.Kalau kita tgok budak-budak yang study kat bahagian pengajian Islam pun boleh dikatakan semua tejebak dalam kes ni...Jdi pada coretan saya kali ini nk bercerita dan berbincang cikit la pasal perkara ni..Perlu ke tak perlu berkawan sebulan Nikah ni....???
Andaikan sahaja seorang remaja memberitahu, " Ustaz, bolehkah saya menjalinkan hubungan ukhwah fillah dengan seorang muslimat? saya hanya menulis mesej apabila perlu sahaja. Saya tidak pernah bertemu dengannya atau bercakap perkara yang tidak senonoh. Bolehkah?"
Lalu ditanya kembali. " Apa yang awak maksudkan dengan menulis mesej apabila perlu?''
"Apabila ada hal-hal penting sahaja."
"Apakah contoh hal penting itu?"
"Erm, tanya khabar tentang pengajiannya. Jika dia sakit, saya akan memberi cadangan kepadanya untuk berbuat sesuatu."
" Pentingkah bertanya khabar hal-hal sebegitu? jika awak tidak bertanya, adakah dia akan mati dan akan menjejaskan akidah Islam di dadanya?''
" Bukan setakat itu sahaja ustaz, saya sering menasihatinya agar berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar. Kami saling memberi peringatan antara satu sama lain. Kadang-kadang saya mengejutkan dia untuk bangun bertahajud dan mengingatkan dia untuk melakukan solat Duha.
Apa pandangan anda? Adakah tindakan remaja ini wajar?
" Oh itu usaha yang sangat baik. Adakah awak pasti dia bangun bertahajud setelah awak kejutkan dan bersolat Duha apabila diingatkan?''
"Sudah tentu saya pasti."
" Bagaimana awak pasti sedangkan awak tidak pernah bertemu dengannya?''
"Dia cakap sendiri."
"Awak percaya?''
"Mestilah saya percaya."
Jika anda ditempat saya, adakah anda merasakan bahawa remaja ini sudah jatuh cinta?
" Bagaimana jika suatu hari nanti awak sudah tidak menyukainya dan awak tidak lagi memberi nasihat dan peringatan. Adakah awak yakin dia akan terus melakukan ibadah itu dengan istiqamah?"
"Saya harap hal itu tidak akan berlaku. Kalau boleh saya mahu hubungan ini berkekalan. Saya akan sentiasa menyukainya kerana Allah."
" Awak yakin bahawa jodoh itu di tangan awak?''
"Ulp! memang jodoh bukan ditangan saya. Tapi InsyaAllah saya akan jaga baik-baik."
"InsyaAllah itu maksudnya mungkin atau pasti?''
" mungkin....," jawab remaja itu serba salah.
" OK, Katakan awak tidak ada jodoh dengannya? Agak-agak dia akan terus menjadi lelaki yang soleh atau dia juga akan kecewa dan berubah perangai?"
" Itu saya tidak pasti. Mungkin dia akan berubah. Mungkin juga tidak."
" Terlalu banyak kemungkinan, saya bimbang semua usaha awak hari ini akan menjadi sia-sia. Alangkah membazirnya masa dan tenaga awak jika lelaki yang awak jalinkan hubungan itu bukan ditakdirkan menjadi suami awak. Sebab awak sendiri tidak pasti adakah antara awak berdua akan punya jodoh. Jika awak ditakdirkan berpisah dengannya, belum tentu dia akan menjadi lelaki soleh."
"Tapi, sekurang-kurangnya saya mencuba."
" Mana yang lebih baik, jika awak mencari ilmu secukupnya dan kemudiannya menjadi seorang isteri yang berilmu dan solehah. Masa awak tidak akan rugi, hasilnya juga mudah untuk dipastikan, awak tidak perlu merasa rugi atau serba salah."
"Atau awak lebih suka menjalinkan hubungan dengan seorang yang awak tidak pasti adakah dia akan menjadi suami awak. Lalu awak menghormatinya dalam keadaan awak tidak pasti adakah dia berubah atau sekadar bercakap kosong. Mana satu yang lebih baik?
fikir-fikirkanlah wahai Remaja muslim.....
Bagi saya adalah lebih baik jika kita menjalinkan hubunga dengan lelaki yang bergelar seorang suami .
Inilah yang ingin saya nyatakan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjalinkan hubungan kerana Allah swt. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu yang sia-sia atau belum pasti hasilnya. Alangkah ruginya jika permata yang berharga ini diserahkan kepada seorang lelaki yang tidak tahu untuk menghargainya.
No comments:
Post a Comment