"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab:59)
susah!!! susah!!!!..hrm, nk mengeluh pn xguna...begitulah kompas kehidupan remaja muslim pada masa kini, masih tidak tahu hala tuju kehidupannya yg sebenar..masih terikut-ikut dengan perkara-perkara yg dilarang oleh Alllah SWT..kadang-kadang diutara dn kadang-kadang dibarat..tidak tahu jalan mana yg mahu dipilih.Begitulah realiti sebenar remaja muslim kita pada masa kini...wahai sahabat-sahabtku yg di sayangi, Sedarlah anda,bahawa Hnya diri anda sahaja yg mampu memilih jalan tersebut samada mahu melalui jalan yg lurus ataupun jalan yg berliku-liku...
tudung bonggol unta...???
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.
Susahnya la manusia ni nk ikut buat perkara-perkara baik kn..tpi kalau ikut wat yang tak baik tu cept pulak..ish2..masalah!!!masalah !!! remaja sekarang nie...pening kalau kita duk fikir2kan.Dulu first masuk Universiti pakaian agak sopan la jugak..makin lama duk Universiti makin seksi la plak..apa lah masalahnya kn....ni lah masalah ank-ank gadis skrg...melawo jew kejenye..duit PTPTN tu kalau boleh nk abis kan untuk melaaaaaaaaawo je. Terikut-ikut sangat dengan fesyen terkini. Cian la kt mak ngan ayah kat kampung tue..harapan punya la besar. Hari-hari doakan kejayaan anak dia, dengan harapan anaknya berjaya dengan cemerlang. Si anaknya pulak,sibuk dengan rutin harianya yang entah apa-apa. Macm rusa baru masuk bandar,terkejut dengan perkembangan semasa. Belajar pun dah entah kemana..mula-mula dapat masuk Universiti punya la bersemngat..Berazam nk belajr bersungguh-sungguh la konon. Bila da masuk Universiti, xpandai bawk diri la plak..lupa dengan tujuan utama masuk Universiti dulu. Kelas pun mals pegi, asyik ponteng kelas je, tpi berfacebook boleh plak sampai 24 jam...bila da mula pndai berfacebook..mula la pandai pulak nk bercintan-cintun.Bertukar-tukar lelaki plak tu, mula-mula sms dekat Fb je!! leps tu da pndai msg2 dekat hp..bru seminggu kenal da berani keluar ikut si jantan..Mana lah peginya maruah anak gadis zaman sekarang ni kan..langsung xtahu malu. Bila da pndai keluar berdating..mula la nk berfesyen-fesyen..biasa la pompuan, kalau boleh nk keluar dengan pakwe mesti nk nmpak cantik selalu..baju pn mesti nk tukar selalu..apa clas pkai bju yg sme kn bila nk jmpe si kekasih ati..mesti nk tampil dengan pernampilan yang berbeza-beza tiap kali keluar..malu kot pkai baju yg sama...Ketat sana, ketat sini..dedah sana dedah sini..erm!!! malu dibuatnya ...berlagak macm anak orang kaya plak tu. Dekat rumah depan mak n ayah,pakaian pnya la sopan. Duit PTPTN nk beli buku n fotstat nota pn punya la berkira..bila last sem , tym nk final exam sanggup plak salin semula nota untuk exam..tpi.......................untuk beli pkaian, top-up n barang2 kecantikan xrase membazir la plak. Baju plak tu, semuanya yang ketat n yg xcukup kain..Awak tu kn wanita Islam.nape mesti nk cari pkaian yg mcm tu semua..xmalu kew?? Apa bezanya awk dengan wanita-wanita yg bukan beragama Islam dekat luar sana??? sama jew, mcm xde bezanya kan...cube kita Ingat semula tujuan kita dtg kt Universiti nie, bukan dtg untuk suke2 atau berfoya2 kn...kita dtg untuk mncari ilmu benrnya..So,Jdi lah diri kita yg dulu..YG lebih cantek dan lebih berstyle. Fikir-fikirkan la ye.....adakah sahabat-sahabat tergolong dalam mereka yang sebegini!!!..hehehehe.
mahu tayang body?
atau mahu perlihatkan aurat?
Mana satu lah cik kak oiii..?? Pastu sudah-sudah la tue mengupload gmbar-gmbar baru hari2 ..tngkap pic dekat2..dengan senyuman yang agak mengoda..budget ayu la konon..apa tujuanya.????.nk ghairahkan laki2 kew??ish2..xpayah la sahabat2ku..nnti kita pkat senyum kt depan laki ye...gmbr nk tngkp blh,tapi smpn tuk koleksi sndri ye..lgi bgus. Berleter banyak la plak...AGak kasar kew kata2 ku..???harap maaf la ye...sye sekadar berkongsi ,untuk peringatan sahabat-sahabat dan juga diri saya sendiri agar kita sama-sama mendapat keberkatan di dunia dn diakhirat ye.Amin ya Rabbal alamin...
AYU TK SYE BANG...??? di muka buku....
Fesyen Jubah Terkini
firman Allah dalam Surah
An-Nur:31 yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya."
WANITA..DEHEARTY
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH
No comments:
Post a Comment