Tuesday, 27 December 2011

SYOK SENDIRI

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertaqwa,, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksanya ( bagi siapa yang melanggar perintahnya)
 ( surah Al-Maidah 5: Ayat 2)

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

erm hari ni, tengah sibuk-sibuk study tuk final...rasa cam pening la plak...byk sangat la kononnya study.hehe so. nk  ambil mase cikit la tuk release tension sambil bersiar-siar mencari ilmu di blog rakan-rakan...hehehe..Syok yang sye nk maksud kn kat sini ialah  syok  bila mana melakukan dosa ataupun maksiat. Walaupun  da banyak sangat orang bincangkan topik nie,namun maksiat tetap menjadi-jadi..nk nk  remaja-remaja dari kalangan pelajar di IPTA dan IPTS macm kite-kite sume ni ....Syok sendiri jew lakukan maksiat..mcm best sgt jew dorang2 ni kan...tak takut dosa ke apa yerk dorang2 ni sume .sedih ..sedih...=(


Hmm,Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik tentang keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui tentang diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri, tepuk dada tanyalah iman. Adakah hari ini iman kita bertambah atau berkurangan? OKEY...cpt tnye YE....!!!!



 Tuhan sentiasa  melihat apa yang anda lakukan..


Tahukan anda bahawa sekiranya melakukan maksiat atau dosa, Bagi yang tak pernah melakukannya, benda tu akan menyebabkan kita jadi tak tentu arah dan tak keruan. apa tu orang kata ,duduk tak senang, rasa macam ada benda yang membuatkan kita resah. Tapi bagi mereka yang dah biasa buat dosa dan maksiat, mesti tak rasa pasal benda ni kan. Rasa cam best je buat maksiat tu. Syoknye!!!! peluk sana, peluk sini,da macm laki bini la plak.Ish2..Astarfirullah al-Azim...mintak-mintak sahabat  yang membaca nie sumenya masih dalam golongan yang resah bila melakukan maksiat kan..tpi bgi yang tak rasa macm nie..masih ada peluang untuk berubah.cept2 la bertaubat ye...

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ
 يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “
( Az Zumar : 53 )

Biasa la kan, sepertimana yang kita ketahui, manusia takkan terlepas daripada melakukan dosa kecuali para Nabi dan Rasul sebab diorang Maksum (terpelihara daripada melakukan atas kehendak hawa nafsunya sendiri dan terlepas dari dosa sebab dipelihara oleh Allah SWT).

Macam saya juga , menulis benda kebaikan dan berunsurkan nasihat, tak bermakna saya ni baik dan tak pernah melakukan kesilapan. Tapi atas dasar keprihatinan dan rasa tanggungjawab untuk memberi peringatan sesama makhluk terutama terhadap diri sendiri yang banyak melakukan kesilapan sama ada secara sedar, zahir mahupun secara tidak sedar.


 Hadith riwayat Bukhari:
“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” 


Di sini kita dapat melihat betapa Allah SWT tidak mengarahkan dakwah itu hanya kepada Rasulullah SAW semata-mata. Tetapi juga kepada ummat Islam yang beriman lainnya.

Maksiat? Apa tu maksiat?

Maksiat itu apabila hati kita bergetar resah untuk melakukannya.

Maksiat itu perkara yang mahu kita sorokkan daripada orang ramai


Tapi, kalau dah biasa buat, rilek je kita buat, tak bergetar pun hati. 

Bila dah biasa kita buat, rilek je buat secara terang-terangan 




Maksiat juga terbahagi kepada dua iaitu maksiat zahir dan batin.Maksiat zahir adalah benda yang kita nampak dengan mata kasar. Contoh, mencuri, membunuh, merogol, tidak solat sebab baca blog dan sebagainya. So adakah anda sudah solat semasa membaca ni?hehehe
Manakala maksiat batin pula berkaitan dengan perasaan kita. Sebagai contoh, dengki, mengumpat, berbohong dan sebagainya. Justgoogleit!

Keinginan melakukan maksiat memang ada dalam diri setiap manusia seperti yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Quran.

‘Maka Dia telah mengilhamkan setiap jiwa kejahatan dan ketaqwaan’. (as-Syams: 8)

Rasulullah SAW juga menceritakan tentang rahmat Allah SWT yang tidak menyiksa manusia sekiranya dia hanya sekadar terlintas di dalam hatinya keinginan untuk melakukan maksiat
(hadith riwayat al Bukhari – hadith no.6491 dan Muslim – hadith no.350)



11 KESAN AKIBAT BERBUAT MAKSIAT



  1. Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan . Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat ALLAH telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". 
  2. Maksiat mengahalangi Rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (Riwayat Ahmad)
  3. Maksiat Menimbulkan Jarak dengan ALLAH. Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Lalu beliau berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".
  4. Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain. Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada ALLAH, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".
  5. Maksiat Menyulitkan Urusan. Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.
  6. Maksiat menggelapkan hati. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".
  7. Maksiat Melemahkan Hati dan Badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri.
  8. Maksiat Mnghalangi Ketaatan. Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan.
  9. Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan. Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tidak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada ALLAH serta mementingkan keredhaanNya.
  10. Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain. Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.
  11. Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani. Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat juga dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat. WALLAHUA’LAM.


SYARAT-SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT

"Dan tetaplah memberi peringatan, Kerana Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)

1. Jika ingin bermaksiat kepada Allah, jangan makan rezekinya!
Rezki adalah kurniaan Allah, so kalau dah takleh makan rezki Allah? sahabat-sahabat pikirlah sendiri ye. semua rezeki yang ada dekat muka bumi ni..Milik Allah..

2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di BumiNYA
Sekarang saintis nak cari kalau-kalau ada hidupan atau kita boleh hidup di planet Marikh atau lebih dikenali sebagai Mars. Huk3! Tu semua tipu, Kita kena pakai seumur idop  kot topeng gas kalau nak tinggal sana. 

3. Kalau masih mahu bermaksiat, carilah tempat bersembunyi yang tidak dilihat oleh Allah.
Okey, lawak  juga ayat nie. cuba Korang fikir semula. Allah kan maha Melihat. Takkan ada tempat korang nak sembunyi punye. jadi tnggal lah perkara2 maksiat tue yerk...

4. Kalau masih ingin bermaksiat, Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.

Ermm , da baca syarat-syaratnya..??apa pula pendapat sahabat2 sekalian!!! masih nak lakukan maksiat ke???renung2kan lah ye....moge sahabat-sahabt diberi petunjuk dan hidayah...amin!!


No comments:

Post a Comment