Tuesday, 27 December 2011

KOMPAS KEHIDUPAN




"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah Al-Ahzab:59)


susah!!! susah!!!!..hrm, nk mengeluh pn xguna...begitulah kompas kehidupan remaja muslim pada masa kini, masih tidak tahu hala tuju kehidupannya yg sebenar..masih terikut-ikut dengan perkara-perkara yg dilarang oleh Alllah SWT..kadang-kadang diutara dn kadang-kadang dibarat..tidak tahu jalan mana yg mahu dipilih.Begitulah realiti sebenar remaja muslim kita pada masa kini...wahai sahabat-sahabtku yg di sayangi, Sedarlah anda,bahawa Hnya diri anda sahaja  yg mampu memilih jalan tersebut samada mahu melalui jalan yg lurus ataupun jalan yg berliku-liku...

tudung bonggol unta...???

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. 


Susahnya la manusia ni nk ikut buat perkara-perkara baik kn..tpi kalau ikut wat yang tak baik tu cept pulak..ish2..masalah!!!masalah !!! remaja sekarang nie...pening kalau kita duk fikir2kan.Dulu first masuk Universiti  pakaian agak sopan la jugak..makin lama duk Universiti makin seksi la plak..apa lah masalahnya kn....ni lah masalah ank-ank gadis skrg...melawo jew kejenye..duit PTPTN tu kalau boleh nk abis kan untuk melaaaaaaaaawo je. Terikut-ikut sangat  dengan fesyen terkini. Cian la kt mak ngan ayah kat kampung tue..harapan punya la besar. Hari-hari doakan kejayaan anak dia, dengan harapan anaknya berjaya dengan cemerlang. Si anaknya pulak,sibuk dengan rutin harianya yang entah apa-apa. Macm rusa baru masuk bandar,terkejut dengan perkembangan semasa. Belajar pun dah entah kemana..mula-mula dapat masuk Universiti punya la bersemngat..Berazam nk belajr bersungguh-sungguh la konon. Bila da masuk Universiti, xpandai bawk diri la plak..lupa dengan tujuan utama masuk Universiti dulu. Kelas  pun mals pegi, asyik ponteng kelas je,  tpi berfacebook boleh plak sampai 24 jam...bila da mula pndai berfacebook..mula la pandai pulak nk bercintan-cintun.Bertukar-tukar lelaki plak tu, mula-mula sms dekat Fb je!! leps tu da pndai msg2 dekat hp..bru seminggu kenal da berani keluar ikut si jantan..Mana lah peginya maruah anak gadis zaman sekarang ni kan..langsung xtahu malu. Bila da pndai keluar berdating..mula la nk berfesyen-fesyen..biasa la pompuan, kalau boleh nk keluar dengan pakwe mesti nk nmpak cantik selalu..baju pn mesti nk tukar selalu..apa clas pkai bju yg sme kn bila nk jmpe si kekasih ati..mesti nk tampil dengan pernampilan yang berbeza-beza tiap kali keluar..malu kot pkai baju yg sama...Ketat sana, ketat sini..dedah sana dedah sini..erm!!! malu dibuatnya ...berlagak macm anak orang kaya plak tu. Dekat rumah depan mak n ayah,pakaian pnya la sopan. Duit PTPTN nk beli buku n fotstat nota pn punya la berkira..bila last sem , tym nk final exam sanggup plak salin semula nota untuk exam..tpi.......................untuk beli pkaian, top-up n barang2 kecantikan xrase membazir la plak. Baju plak tu, semuanya yang ketat n yg xcukup kain..Awak tu kn wanita Islam.nape mesti nk cari pkaian yg mcm tu semua..xmalu kew?? Apa bezanya awk dengan wanita-wanita yg bukan beragama Islam dekat luar sana??? sama jew, mcm xde bezanya kan...cube kita Ingat  semula tujuan kita  dtg kt Universiti nie, bukan dtg untuk suke2 atau berfoya2 kn...kita dtg untuk mncari ilmu benrnya..So,Jdi lah diri kita yg dulu..YG lebih cantek dan lebih berstyle. Fikir-fikirkan la ye.....adakah sahabat-sahabat tergolong dalam mereka yang sebegini!!!..hehehehe. 
                                        





mahu tayang body?
atau mahu perlihatkan aurat?
Mana satu lah cik kak oiii..?? Pastu  sudah-sudah la tue  mengupload gmbar-gmbar baru hari2 ..tngkap pic dekat2..dengan senyuman yang agak mengoda..budget ayu la konon..apa tujuanya.????.nk ghairahkan laki2 kew??ish2..xpayah la sahabat2ku..nnti kita pkat senyum kt depan laki ye...gmbr nk tngkp blh,tapi smpn tuk koleksi sndri ye..lgi bgus. Berleter banyak la plak...AGak kasar kew kata2 ku..???harap maaf la ye...sye sekadar berkongsi ,untuk peringatan sahabat-sahabat  dan juga diri saya sendiri agar kita  sama-sama mendapat keberkatan di dunia dn diakhirat ye.Amin ya Rabbal  alamin...


AYU TK SYE BANG...??? di muka buku....




 Fesyen Jubah Terkini


firman Allah dalam Surah An-Nur:31 yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 




WANITA..DEHEARTY

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

SYOK SENDIRI

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertaqwa,, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksanya ( bagi siapa yang melanggar perintahnya)
 ( surah Al-Maidah 5: Ayat 2)

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

erm hari ni, tengah sibuk-sibuk study tuk final...rasa cam pening la plak...byk sangat la kononnya study.hehe so. nk  ambil mase cikit la tuk release tension sambil bersiar-siar mencari ilmu di blog rakan-rakan...hehehe..Syok yang sye nk maksud kn kat sini ialah  syok  bila mana melakukan dosa ataupun maksiat. Walaupun  da banyak sangat orang bincangkan topik nie,namun maksiat tetap menjadi-jadi..nk nk  remaja-remaja dari kalangan pelajar di IPTA dan IPTS macm kite-kite sume ni ....Syok sendiri jew lakukan maksiat..mcm best sgt jew dorang2 ni kan...tak takut dosa ke apa yerk dorang2 ni sume .sedih ..sedih...=(


Hmm,Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik tentang keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui tentang diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri, tepuk dada tanyalah iman. Adakah hari ini iman kita bertambah atau berkurangan? OKEY...cpt tnye YE....!!!!



 Tuhan sentiasa  melihat apa yang anda lakukan..


Tahukan anda bahawa sekiranya melakukan maksiat atau dosa, Bagi yang tak pernah melakukannya, benda tu akan menyebabkan kita jadi tak tentu arah dan tak keruan. apa tu orang kata ,duduk tak senang, rasa macam ada benda yang membuatkan kita resah. Tapi bagi mereka yang dah biasa buat dosa dan maksiat, mesti tak rasa pasal benda ni kan. Rasa cam best je buat maksiat tu. Syoknye!!!! peluk sana, peluk sini,da macm laki bini la plak.Ish2..Astarfirullah al-Azim...mintak-mintak sahabat  yang membaca nie sumenya masih dalam golongan yang resah bila melakukan maksiat kan..tpi bgi yang tak rasa macm nie..masih ada peluang untuk berubah.cept2 la bertaubat ye...

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ
 يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Firman ALLAH SWT bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “
( Az Zumar : 53 )

Biasa la kan, sepertimana yang kita ketahui, manusia takkan terlepas daripada melakukan dosa kecuali para Nabi dan Rasul sebab diorang Maksum (terpelihara daripada melakukan atas kehendak hawa nafsunya sendiri dan terlepas dari dosa sebab dipelihara oleh Allah SWT).

Macam saya juga , menulis benda kebaikan dan berunsurkan nasihat, tak bermakna saya ni baik dan tak pernah melakukan kesilapan. Tapi atas dasar keprihatinan dan rasa tanggungjawab untuk memberi peringatan sesama makhluk terutama terhadap diri sendiri yang banyak melakukan kesilapan sama ada secara sedar, zahir mahupun secara tidak sedar.


 Hadith riwayat Bukhari:
“Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” 


Di sini kita dapat melihat betapa Allah SWT tidak mengarahkan dakwah itu hanya kepada Rasulullah SAW semata-mata. Tetapi juga kepada ummat Islam yang beriman lainnya.

Maksiat? Apa tu maksiat?

Maksiat itu apabila hati kita bergetar resah untuk melakukannya.

Maksiat itu perkara yang mahu kita sorokkan daripada orang ramai


Tapi, kalau dah biasa buat, rilek je kita buat, tak bergetar pun hati. 

Bila dah biasa kita buat, rilek je buat secara terang-terangan 




Maksiat juga terbahagi kepada dua iaitu maksiat zahir dan batin.Maksiat zahir adalah benda yang kita nampak dengan mata kasar. Contoh, mencuri, membunuh, merogol, tidak solat sebab baca blog dan sebagainya. So adakah anda sudah solat semasa membaca ni?hehehe
Manakala maksiat batin pula berkaitan dengan perasaan kita. Sebagai contoh, dengki, mengumpat, berbohong dan sebagainya. Justgoogleit!

Keinginan melakukan maksiat memang ada dalam diri setiap manusia seperti yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Quran.

‘Maka Dia telah mengilhamkan setiap jiwa kejahatan dan ketaqwaan’. (as-Syams: 8)

Rasulullah SAW juga menceritakan tentang rahmat Allah SWT yang tidak menyiksa manusia sekiranya dia hanya sekadar terlintas di dalam hatinya keinginan untuk melakukan maksiat
(hadith riwayat al Bukhari – hadith no.6491 dan Muslim – hadith no.350)



11 KESAN AKIBAT BERBUAT MAKSIAT



  1. Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan . Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat ALLAH telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat". 
  2. Maksiat mengahalangi Rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (Riwayat Ahmad)
  3. Maksiat Menimbulkan Jarak dengan ALLAH. Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Lalu beliau berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".
  4. Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain. Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada ALLAH, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".
  5. Maksiat Menyulitkan Urusan. Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.
  6. Maksiat menggelapkan hati. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".
  7. Maksiat Melemahkan Hati dan Badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri.
  8. Maksiat Mnghalangi Ketaatan. Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan.
  9. Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan. Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tidak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada ALLAH serta mementingkan keredhaanNya.
  10. Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain. Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.
  11. Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani. Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat juga dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat. WALLAHUA’LAM.


SYARAT-SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT

"Dan tetaplah memberi peringatan, Kerana Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (az-Zariyat;55)

1. Jika ingin bermaksiat kepada Allah, jangan makan rezekinya!
Rezki adalah kurniaan Allah, so kalau dah takleh makan rezki Allah? sahabat-sahabat pikirlah sendiri ye. semua rezeki yang ada dekat muka bumi ni..Milik Allah..

2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di BumiNYA
Sekarang saintis nak cari kalau-kalau ada hidupan atau kita boleh hidup di planet Marikh atau lebih dikenali sebagai Mars. Huk3! Tu semua tipu, Kita kena pakai seumur idop  kot topeng gas kalau nak tinggal sana. 

3. Kalau masih mahu bermaksiat, carilah tempat bersembunyi yang tidak dilihat oleh Allah.
Okey, lawak  juga ayat nie. cuba Korang fikir semula. Allah kan maha Melihat. Takkan ada tempat korang nak sembunyi punye. jadi tnggal lah perkara2 maksiat tue yerk...

4. Kalau masih ingin bermaksiat, Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.

Ermm , da baca syarat-syaratnya..??apa pula pendapat sahabat2 sekalian!!! masih nak lakukan maksiat ke???renung2kan lah ye....moge sahabat-sahabt diberi petunjuk dan hidayah...amin!!


Sunday, 18 December 2011

UKHUWAH FILLAH SEBELUM NIKAH-"UNTUNG ATAU SIA-SIA?''


AWK, TGOK TUE..ADA PAKWE MAKWE LA..
Cinta...cinta..cinta....mungkin sudah jadi kebiasaan kot, kalau tak bercinta zaman sekarang ni..mcm pelik la pulak kn..kena ketawa kat orang je lah.Btol ke tu korang???? Budak2 sekolah rendah pn da pndai bercinta sekarang nie..tak kan duduk u xde pakwe kot.Kalau kita tgok budak-budak yang study kat bahagian pengajian Islam pun boleh dikatakan semua tejebak dalam kes ni...Jdi pada coretan saya kali ini nk bercerita dan berbincang cikit la pasal perkara ni..Perlu ke tak perlu berkawan sebulan Nikah ni....???
Seperti mana yang kita suma sudah ketahui, sebahagian remaja yang bercinta dengan pasangan yang bukan muhrim tetap merasakan bahawa mereka bersahabat kerana Allah SAW.  Mereka mengatakan bahawa mereka tidak berhubung melainkan jika ada perkara penting sahaja. Mereka tidak pernah bersua dan tidak pernah keluar berdua-duan. Mereka tidak melakukan perkara yang haram atau melanggar syarak. iye ke tu sahabat2 ku??????


Andaikan sahaja seorang remaja memberitahu, " Ustaz, bolehkah saya menjalinkan hubungan ukhwah fillah dengan seorang muslimat? saya hanya menulis mesej apabila perlu sahaja. Saya tidak pernah bertemu dengannya atau bercakap perkara yang tidak senonoh. Bolehkah?"


Lalu ditanya kembali. " Apa yang awak maksudkan dengan menulis mesej apabila perlu?''
"Apabila ada hal-hal penting sahaja."
"Apakah contoh hal penting itu?"
"Erm, tanya khabar tentang pengajiannya. Jika dia sakit, saya akan memberi cadangan kepadanya untuk berbuat sesuatu."


" Pentingkah bertanya khabar hal-hal sebegitu? jika awak tidak bertanya, adakah dia akan mati dan akan menjejaskan akidah Islam di dadanya?''
" Bukan setakat itu sahaja ustaz, saya sering menasihatinya agar berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar. Kami saling memberi peringatan antara satu sama lain. Kadang-kadang saya mengejutkan dia untuk bangun bertahajud dan mengingatkan dia untuk melakukan solat Duha.
Apa pandangan anda? Adakah tindakan remaja ini wajar?


" Oh itu usaha yang sangat baik. Adakah awak pasti dia bangun bertahajud setelah awak kejutkan dan bersolat Duha apabila diingatkan?''
"Sudah tentu saya pasti."


" Bagaimana awak pasti sedangkan awak tidak pernah bertemu dengannya?''
"Dia cakap sendiri."


"Awak percaya?''
"Mestilah saya percaya."


Jika anda ditempat saya, adakah anda merasakan bahawa remaja ini sudah jatuh cinta?


" Bagaimana jika suatu hari nanti awak sudah tidak menyukainya dan awak tidak lagi memberi nasihat dan peringatan. Adakah awak yakin dia akan terus melakukan ibadah itu dengan istiqamah?"
"Saya harap hal itu tidak akan berlaku. Kalau boleh saya mahu hubungan ini berkekalan. Saya akan sentiasa menyukainya kerana Allah."


" Awak yakin bahawa jodoh itu di tangan awak?''
"Ulp! memang jodoh bukan ditangan saya. Tapi InsyaAllah saya akan jaga baik-baik."


"InsyaAllah itu maksudnya mungkin  atau pasti?''
" mungkin....," jawab remaja itu serba salah.


" OK, Katakan awak tidak ada jodoh dengannya? Agak-agak dia akan terus menjadi lelaki yang soleh atau dia juga akan kecewa dan berubah perangai?"
" Itu saya tidak pasti. Mungkin dia akan berubah. Mungkin juga tidak."


" Terlalu banyak kemungkinan, saya bimbang semua usaha awak hari ini akan menjadi sia-sia. Alangkah membazirnya masa dan tenaga awak jika lelaki yang awak jalinkan hubungan itu bukan ditakdirkan menjadi suami awak. Sebab awak sendiri tidak pasti adakah antara awak berdua akan punya jodoh. Jika awak ditakdirkan berpisah dengannya, belum tentu dia akan menjadi lelaki soleh."
"Tapi, sekurang-kurangnya saya mencuba."


" Mana yang lebih baik, jika awak mencari ilmu secukupnya dan kemudiannya menjadi seorang isteri yang berilmu dan solehah. Masa awak tidak akan rugi, hasilnya juga mudah untuk dipastikan, awak tidak perlu merasa rugi atau serba salah."


"Atau awak lebih suka menjalinkan hubungan dengan seorang yang awak tidak pasti adakah dia akan menjadi suami awak. Lalu awak menghormatinya dalam keadaan awak tidak pasti adakah dia berubah atau sekadar bercakap kosong. Mana satu yang lebih baik?


fikir-fikirkanlah wahai Remaja muslim.....
Bagi saya adalah lebih baik jika kita menjalinkan hubunga dengan lelaki yang bergelar seorang suami .
Inilah yang ingin  saya nyatakan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjalinkan hubungan kerana Allah swt. Pastikan anda tidak melakukan sesuatu yang sia-sia atau belum pasti hasilnya. Alangkah ruginya jika permata yang berharga ini diserahkan kepada seorang lelaki yang tidak tahu untuk menghargainya.

Saturday, 17 December 2011

SENTIASALAH BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

"Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Aku bersama hamba-ku selagi mana ia mengingati-ku dan kedua-dua bibirnya bergerak untuk berzikir"